Sertai Kami :

Sunday, July 25, 2010

Senarai Nama Sekolah dan Penyertaan

Berikut adalah senarai nama sekolah - sekolah yang terlibat dan bilangan penyertaan yang dihantar :
  1. SMK AMINUDDIN BAKI JOHOR BAHRU = 2 Futsal Padang / 2 Bola Jaring
  2. SMK SULTAN ISMAIL = 1 Futsal Padang / 1 Bola Jaring
  3. SM TEKNIK JOHOR BAHRU = 1 Futsal Padang / 1 Bola Jaring
  4. SMK TASEK UTARA = 2 Futsal Padang / 1 Bola Jaring
  5. SMK GELANG PATAH = 1 Futsal Padang / 1 Bola Jaring
  6. SMK TAMAN MUTIARA RINI = 1 Futsal Padang / 1 Bola Jaring
  7. SMK SKUDAI = 2 Futsal Padang / 2 Bola Jaring
  8. MAKTAB SULTAN ABU BAKAR = 1 Futsal Padang / 1 Bola Jaring
  9. SMK(P) SULTAN IBRAHIM = 2 Bola Jaring
  10. SMK DATO' JAAFAR = 1 Futsal Padang / 1 Bola Jaring
Jumlah Keseluruhan Penyertaan = 12 Futsal Padang / 13 Bola Jaring
::Maklumat lanjut boleh didapati di ruangan menu kolum kontijen::



Read more...

Wednesday, July 21, 2010

Pendaftaran Peserta

Setakat ini,pihak penganjur baru sahaja menerima empat penyertaan daripada sekolah-sekolah pusat prauniversiti Daerah Johor Bahru.Sekolah - sekolah tersebut ialah SMK Aminuddin Baki Johor Bahru,SMK Skudai,SM Teknik Johor Bahru,Maktab Sultan Abu Bakar.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 Julai 2010.Diharapkan sekolah-sekolah yang terlibat dapat menghantar peserta bagi menjayakan Kejohanan ini.



Read more...

Sunday, July 18, 2010

Poster Rasmi Kejohanan Sukan Muhibah Jemputan Sekolah-sekolah Pusat Prauniversiti Daerah Johor Bahru Dikeluarkan

Sama-sama kita nantikan ketibaan Kejohanan Sukan Muhibah Jemputan Sekolah-sekolah Pusat Prauniversiti Daerah Johor Bahru.Bersama-sama kita memeriahkannya...
Read more...

Saturday, July 3, 2010

Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Program Sukan Muhibah Jemputan Sekolah-sekolah Pusat Prauniversiti Daerah Johor Bahru

MINIT MESYUARAT PROGRAM SUKAN MUHIBAH JEMPUTAN SEKOLAH-SEKOLAH PUSAT PRAUNIVERSITI DAERAH JOHOR BAHRU.

Bilangan : 1 Tahun : 2010

Hari : Khamis
Tarikh : 24 Jun 2010
Masa : 02.00 Petang – 03.30 Petang
Tempat : Bilik Gerakan SMK Aminuddin Baki Johor Bahru

Kehadiran :
1. Puan Hajah Syam Binti Haron -Pengetua
2. Encik Mohmad Asri Bin Mohamad Rejab -Penolong Kanan Prauniversiti
3. Encik Abdul Aziz Bin Homsan -Penyelaras Kokurikulum Prauniversiti
4. Encik Ibrahim Bin Md. Siraj -Guru Penasihat MPPPUSABJB
5. Puan Jamaliah Binti Yahya -Guru Penasihat MPPPUSABJB
6. Muhammad Fakhruddin Bin Rosdi -Pengerusi MPPPUSABJB
7. Abdul Mutalib Bin Abdul Raof -Timbalan Pengerusi MPPPUSABJB
8. Nurul Aqlili Riana Binti Mohd. Fuad -Setiausaha MPPPUSABJB
9. Nur Aqlily Riana Binti Darwin -Bendahari MPPPUSABJB
10. Wan Muzzamir Bin Wan Mohd. Zaffar -Exco Sukan MPPPUSABJB
11. Mohamad Azizan Bin Kamaruzaman -Exco Teknologi Maklumat & Komunikasi
MPPPUSABJB

1. Ucapan Pengerusi
1.1. Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Aminuddin Baki Johor Bahru selaku Pengerusi Program Sukan Muhibah Jemputan Sekolah-sekolah Pusat Prauniversiti Daerah Johor Bahru mengalu-alukan kedatangan Tuan Pengetua,Penolong Kanan Prauniversiti,Penyelaras Kokurikulum Prauniversiti,Guru Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti SMK Aminuddin Baki Johor Bahru dan semua Ahli Jawatankuasa yang hadir.

2. Ucapan Pengetua
2.1. Pengetua berpuas hati atas perbentangan kertas kerja oleh pengerusi dan jawatankuasa yang terlibat.
2.2. Beliau telah pun meluluskan kertas kerja Program Sukan Muhibah Jemputan Sekolah-sekolah Pusat Prauniversiti Daerah Johor Bahru dan berharap sekolah-sekolah yang akan dijemput dapat memberikan kerjasama dan menghantar peserta dalam acara yang telah disenaraikan.
2.3. Beliau juga berasa bangga kepada Ahli Jawatankuasa MPPPUSABJB kerana ingin menganjurkan program sedemikian demi mengeratkan silaturahim antara pelajar prauniversiti Daerah Johor Bahru dalam masa yang sama dapat meningkatkan kualit pruniversiti itu sendiri.
2.4. Walaupun begitu,beliau juga berpesan supaya para pelajar tidak leka dan meninggalkan pelajaran kerana Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia semakin hampir.
2.5. Seterusnya,beliau juga meminta para pelajar untuk bersabar dalam menanti keputusan Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru dan berharap agar Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru dapat meluluskan program ini dalam meningkatkan kualiti prauniversiti sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum.

3. Pembentangan Kertas Kerja
3.1. Seterusnya mesyuarat dimaklumkan beberapa perkara berikut untuk makluman dan tindakan iaitu :
3.1.1. Pengerusi memaklumkan bahawa Program Sukan Muhibah Jemputan Sekolah-sekolah Pusat Prauniversiti Daerah Johor Bahru akan diadakan pada 31 Julai 2010 bersamaan dengan hari Sabtu.
3.1.2. Seterusnya pengerusi membentangkan kertas kerja program tersebut kepada pengetua dan semua guru yang hadir.
3.1.3. Mengikut perbentangan kertas kerja yang dibentangkan oleh pengerusi,antara objektif sukan ini diadakan ialah :
i. Mengeratkan hubungan antara pelajar sekolah Pusat Prauniversiti Daerah Johor Bahru.
ii. Menambahkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran asas dalam aspek teknikal dan mahupun penganjuran sesuatu program.
iii. Memahami tentang peraturan, pengurusan pertandingan dan cara pengadilan dalam acara futsal padang dan bola jaring.
iv. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan anggota pasukan seperti bekerjasama, tolong-menolong dalam mencapai objektif pasukan.
3.1.4. Program sukan muhibah ini mempertandingkan dua acara sukan iaitu acara futsal padang bagi pelajar lelaki manakala bola jaring bagi pelajar perempuan dan melibatkan semua sekolah Pusat Prauniversiti Daerah Johor Bahru.
3.1.7. Pengerusi berharap program ini dapat diluluskan diperingkat sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru demi mencapai kecemerlangan pelajar-pelajar prauniversiti bukan sahaja dari segi akademik malahan kokurikulum.

4. Hal-hal Lain
4.1. Tambahan maklumat oleh Exco Sukan :
4.1.1. Setiap kumpulan dalam satu-satu acara mestilah mempunyai peserta tidak lebih dan tidak kurang 10 orang.
4.1.2. Semua perlawanan akan berlangsung selama 25 minit termasuk 3 minit waktu berehat.
4.1.3. Pengadil akan diambil dalam kalangan guru.

4.2. Tambahan Maklumat oleh Exco Teknologi Maklumat Dan Komunikasi :
4.2.1. Penilaian dan laporan program akan dibuat mengikut ketetapan di bawah.
i. Catatan sebelum program , semasa program dan selepas program akan dibuat.
ii. Liputan dibuat melalui laman sesawang http://mpppusab.blogspot.com (Portal MPPPUSABJB) dan http://mpppusabjbsm.blogspot.com (Portal Sukan Muhibah).
iii. Laporan selepas program akan dibuat melalui akhbar Berita Harian , Portal MPPPUSABJB & Portal Sukan Muhibah , Buletin MPPPUSABJB dan kertas kerja.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang oleh pengerusi


Disediakan Oleh :
Nurul Aqlili Riana Binti Mohd. Fuad,
Setiausaha,
Program Sukan Muhibah Jemputan Sekolah-sekolah Pusat
Prauniversiti Daerah Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim.

Read more...